WELCOME


widgeo.net

Rabu, 17 Jun 2015

APA ITU JADUAL HUBUNGAN DALAM PANGKALAN DATA ?

Assalamualaikum... Hari ni kita akan belajar mengenai jadual hubungan(table relationship) seperti di bawah.


Relationship (Hubungan) :

Pengenalan


Hubungan dalam bahasa harian yang sering kali kita dengari, terdapat pelbagai jenis hubungan yang boleh dikaitkan antara manusia seperti hubungan adik beradik,hubungan kekeluargaan atau hubungan persaudaraan. Konsep hubungan boleh terjadi diantara dua orang atau lebih. Dalam hubungan kekeluargaan seperti ibu bapa,adik beradik ini dapat dikaitkan dengan konsep hubungan kerana dalam sesebuah keluarga mestilah mempunyai dua orang atau lebih , berkemungkinan diantara mereka mempunyai persamaan ciri-ciri yang dimiliki antara satu sama lain. Jadi hubungan yang terjalin ini dapat mengenalpasti persamaan  ciri-ciri yang terdapat dalam diri masing-masing dengan mudah. Jika dalam sesebuah keluarga yang tidak mempunyai adik beradik seperti anak tunggal,maka hubungan tidak boleh terjadi kerana konsep hubungan memerlukan dua atau lebih objek untuk dijadikan hubungan.

1.Hubungan antara dua objek :
Bola jaring dan bola tampar – sukan sekolah
Kuda dan harimau – haiwan berkaki empat,pantas berlari
2.Hubungan satu objek (pecahkan kepada dua subjek)
Pelajar(i)maklumat pelajar dan pendaftaran sekolah(ii)- hubungannya nama, no i/c, alamat


Definisi Table Relationship :

 > Relationships adalah diagram yang menyatakan hubungan atau korelasi antara satu field didalam suatu jadual dengan medan pada jadual lainnya berdasarkan kunci tertentu. Relationships umumnya digunakan untuk jadual-jadul yang mempunyai hubungan tertentu, dimana pada jadual yang satu tersimpan medan primary key dan pada jadual yang lain terdapat medan foreign key. Adapun foreign key adalah medan kunci yang boleh lebih dari satu record di dalam jadual. Dengan demikian, data pada masing-masing jadual dapat terkelompok sesuai dengan primary key nya, sehingga tidak akan tertukar.


Contoh gambar jadual Relationship seperti di bawah :



Terdapat 3 jenis relationships, iaitu :

1. One to One => iaitu satu record data pada suatu table dihubungkan hanya dengan satu record data pada table lainnya.

2. One to Many=> iaitu satu record data pada suatu table dihubungkan dengan lebih dari satu record data pada table lainnya.

3. Many to Many=> iaitu lebih dari satu record data pada suatu table dihubungkan dengan lebih dari satu record data pada table lainnya.