CONNECTIVITY
- Komponen yang diperlukan untuk membuat sambungan di antara pelanggan dengan pangkalan data.
- Komponen connectivity diperlukan bagi membolehkan pengguna menyambung ke dalam pangkalan data.
Komponen connectivity :
1) Open Database Connectivity (ODBC)
API bagi standard SQL Acccess Group Call Level (CLI) untuk mengakses pangkalan data menggunakan antara muka bahasa pengaturcaraan C melalui penggunaan panggilan dinamik SQl.
2) Active Data Object (ADO)
Standard API oleh Microsoft bagi mengakses pangkalan data menggunakan pengaturcaraan Windows menggunakan SQL - ia adalah komponen Object Model+ (COM+).
3) Object Link Embedding for Database (OLE-DB)
Standard API peringkat rendah oleh Microsoft bagi mengakses pangkalan data menggunakan pengaturcaraan Windows menggunakan SQL- ia adalah komponen Object Model + (COM+).
4) Remote Data Object (RDO)
Standard API oleh Microsoft bagi mengakses database menggunakan pengaturcaraan Windows menggunakan SQL.
5) JAVA Database Connectvity (JDBC)
INTEROPERABILITY
Struktur komponen iaitu (perkakasan, perisian, standard pangkalan data dan sebagainya) yang membolehkan mereka berinteraksi dari berkongsi maklumat antara satu sama lain.
Komponen Interoperability :
1) Aplikasi(Application)
Melaksanakan proses untuk memanggil fungsi-fungsi dalam ODBC dengan menghantar pernyataan SQL yang berkaitan dan menerima hasil yang dikeluarkan oleh ODBC .
2) Pengurus Pemacu (Driver Manager)
Mewakili aplikasi untuk memuatkan pemacu yang dikehendaki. Fungsi utama ialah mengurus beberapa pemacu ODBC iaitu pemacu pangkalan data supaya boleh digunakan oleh aplikasi atau perisian pengguna.
3) Pemacu (Driver)
Menterjemah pernyataan SQL yang diterima daripada aplikasi tersebut kepada pernyataan SQL yang boleh difahami oleh pangkalan data. Pemacu ini kemudian memulangkan hasilnya kembali kepada aplikasi melalui perantaraan pengurus pemacu.
4) Sumber Data (Data Source)
Pangkalan data atau maklumat yang hendak dicapai oleh aplikasi dikenali sebagai sumber data. Sumber data boleh berada di mana-mana sahaja dalam persekitaran rangkaian.
INTERFACE
Kebolehan dalam menyediakan kapasiti sistem untuk menyokong pelbagai persekitaran aplikasi yang dibangunkan pada pangkalan data.
Komponen Interface :