Kamus atas talian percuma
1) Penggunaan kamus secara atas talian
2) Melayari laman web Merriam-webster online dictionary
3) Menggunakan Google Images memaparkan imej yang memberi gambaran sesuatu perkataan
4) Penggunaan Google Translate .. Namun begitu, terjemahan yang diberikan tidak memberi makna tepat.
5) Mengunjungi laman web yang boleh membantu seperti SlideShare dan juga YouTube.. SlideShare adalah laman web yang banyak menggunakan Powerpoint.. Laman web YouTube pula memaparkan video yang mengandungi rakaman sesuatu pengajaran, penjelasan, proses atau sebuah lakonan.
Ruang pengajar muat naik bahan pengajaran
1) Membuka akaun dan melayari laman web Blendspace...Pelajar juga boleh menggunakan laman web lain yang mempunyai topik sama atau hampir sama dengan menggunakan Google Scholar.
2) Penggunaan hyperlink yang ada dalam bahan bacaan turut memberi kemudahan kepada pelajar melayari laman web berkaitan
3) Menggunakan Zoom atau copy dan paste maklumat berkaitan dan memindahkannya ke perisian Microsoft Word... Membantu pelajar membaca dalam keadaan lebih selesa kerana mereka boleh membesarkan ukuran tulisan dan menukar jenis tulisan mengikut keselesaan dan kesesuaian.
Perisian Microsoft Word juga dapat membantu pembaca dengan menyediakan kemudahan seperti Synonyms, Translate dan Search with Bing
4) Melakukan perbincangan bersama rakan-rakan. Perbincangan boleh dilakukan secara bersemuka atau secara atas talian seperti aplikasi WhatsApp, Telegram dan Facebook.
Perbincangan guna kumpulan WhatsApp
1) Pelajar boleh membuka sebuah kumpulan perbincangan menggunakan kumpulan WhatsApp.
2) Perbincangan atas talian adalah kemudahan yang boleh digunakan untuk tujuan lebih memberi faedah. Pelajar boleh mengajukan sebarang pertanyaan dan rakan lain boleh menjawab dengan cepat walaupun mereka tidak berada berdekatan.
3) Penggunaan aplikasi WhatsApp dan Telegram adalah perbincangan yang sangat popular kini kerana ia percuma. Gambar, pautan serta video boleh dikongsi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan