Netiquette merupakan Etika dalam menggunakan Internet. Internet sebagai sebuah kumpulan komuniti yang diperlukan aturan yang akan menjadi acuan orang-orang sebagai pengguna Internet, dimana aturan ini menyangkut batasan dan cara yang terbaik dalam memanfaatkan kemudahan Internet.
Sebenarnya Nettiquette ini adalah hal yang umum dan biasa, sama ada hal nya dengan aturan-aturan biasa ketika kita memasuki komuniti umum dimana informasi yang diberikan sangat banyak dan terbuka.
Contoh-contoh netiquette :
1. Tidak boleh memplagiat hasil kerja orang lain, iaitu dengan menyalin sepenuhnya penulisan orang lain.
2. Tidak boleh membuat berita palsu di dalam Internet.
3. Tidak boleh memasukkan data peribadi ke dalam Internet sesuka hati.
4. Tidak boleh menggunakan huruf besar di dalam Internet kerana penggunaan huruf besar dalam Internet adalah untuk marah atau berteriak.
5. Dilarang menggunakan bahasa-bahasa yang tidak sopan semasa menulis sesuatu di dalam Internet.
6. Dilarang memburuk-burukkan orang lain di dalam Internet
7. Jangan berusaha untuk mengambil keuntungan secara ilegal dari Internet, contohnya melakukan kejahatan pencurian no kad kredit.
8. Jangan mengganggu privasi orang lain, dengan mencuba mencuri informasi yang sebenarnya terbatas.
9. Jangan menyalahgunakan ‘kekuasaan’ di Internet.
10. Dilarang menghantar sesuatu perkara yang tidak berfaedah di dalam Internet.
11. Menghargai waktu orang lain.
12. Berkongsi pengetahuan yang baik di dalam Internet.
13. Menghargai pengguna Internet yang lain.
14. Menghantar mesej yang dibenarkan oleh pemiliknya sahaja.
15. Memastikan tajuk pada emel atau web site merujuk kepada maklumat yang ditulis.
16. Gunakan emoji (emoticons) yang sesuai untuk membantu menyampaikan maksud perasaan anda.
17. Berhati-hati dengan berita yang disiarkan di dalam Internet.
18. Jika hendak menggunakan penyingkatan kata dalam sesuatu pesanan, gunalah perkataan yang sering digunakan seperti : BTW (By The Way)
Sumber:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan